Gangguan seksual: Annuar nafi tidak ambil berat  - Utusan Malaysia

Gangguan seksual: Annuar nafi tidak ambil berat 

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menafikan beliau tidak mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dalam industri seni tanah air. 

Beliau berkata, pihaknya mengambil berat isu ganguan seksual itu kerana ia bukan satu isu yang remeh. 

Katanya, isu itu tidak akan terungkai dengan melemahkan mana-mana pihak, sebaliknya memerlukan gembelengan tenaga setiap pihak baik media mahupun badan berkuasa dan mereka yang terlibat.

“Saya menerima WhatsApp daripada wartawan untuk menemuduga saya. 

“Beliau mencadangkan tajuk gangguan seksual dalam industri seni, tetapi saya mencadangkan temubual itu membincangkan salah satu fokus saya masa ini iaitu pembangunan industri bagi membantu penggiat seni.  

“Malangnya apa yang keluar adalah tafsiran wartawan tersebut yang tidak mencerminkan pendirian saya. Saya mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dan ia bukan isu yang remeh.  

“Saya telah memaklumkan hal ini pada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Saya percaya pihak berwajib akan bertindak mengikut undang undang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN