Fenomena air pasang dijangka berlaku 4 hingga 7 November - Utusan Malaysia

Fenomena air pasang dijangka berlaku 4 hingga 7 November

PETUGAS Skuad Pantas MPKL membuat pemantauan di Pantai Morib ketika penutupan pantai di sekitar daerah Kuala Langat, Selangor susulan fenomena air pasang besar yang melanda. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) meminta orang ramai supaya berhati-hati berikutan fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada 4 sehingga 7 November ini.

Nadma menerusi satu hantaran di twitternya memberitahu, kawasan persisiran pantai barat Semenanjung menjadi kawasan berisiko ketika fenomena tersebut berlaku.

Katanya, kawasan yang terlibat adalah Kuala Muda, Bagan Datoh, Sabak Bernam, Pelabuhan Klang, Batu Pahat dan Pontian.

“Fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada 4 sehingga 7 November. Kawasan berisiko adalah kawasan pesisir pantai barat Semenanjung.

“Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati semasa berada di pesisir pantai dan sentiasa patuhi arahan semasa daripada pihak berkuasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN