Empat sahabat menyamar polis sebelum samun mangsa 

Empat sahabat menyamar polis sebelum samun mangsa 

TIGA daripada empat suspek yang diberkas selepas menyamar anggota polis sebelum samun mangsa di Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru, Pulau Pinang, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tindakan licik empat sahabat menyamar anggota polis ketika melakukan aktiviti samun di Kompleks Bukit Gedung, Bayan Baru di sini Rabu lalu, akhirnya tersungkur. 

Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya selepas menerima laporan daripada seorang pengadu kira-kira pukul 2.12 petang. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, penahanan ke atas empat suspek terbabit dilakukan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan samun wang dan telefon bimbit milik mangsa semasa berada di Astaka Bukit Gedung kira-kira pukul 4.30 pagi Rabu lalu. 

“Dalam kejadian itu, suspek dikatakan bertindak menyamar sebagai anggota polis lalu menyamun sebuah telefon bimbit jenis Samsung dan wang tunai RM60 milik pengadu di lokasi kejadian. 

“Ketika itu, dua rakan pengadu yang turut berada ditempat kejadian juga disamun wang tunai bernilai RM90 dan RM20 sebelum suspek melarikan diri menaiki motosikal jenis dan nombor pendaftaran yang tidak pasti. 

“Susulan laporan yang dibuat, polis berjaya menahan suspek di sekitar Bayan Baru dan di Kampung Baru, Ayer Itam di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Kamarul Rizal berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. 

“Suspek kini ditahan reman sehingga 30 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan termasuk mengenal pasti sama ada terlibat dengan kes-kes jenayah lain,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN