fbpx

Dia pakai apa pun tak pernah menunjuk… -Jam tangan RM1 juta Siti Nurhaliza curi perhatian warganet

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian warganet selepas menggayakan jam tangan anggaran bernilai RM1 juta, ketika hadir ke Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW).

Menerusi aplikasi TikTok, seorang pengguna memuat naik satu rakaman yang menunjukkan beberapa detik penyanyi itu sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

Dalam rakaman tersebut, dia yang lebih disapa sebagai Tokti melambai pada kamera telefon rakan di sebelahnya sambil kelihatan jam tangan bertali merah jenama Richard Mille di tangan kanannya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet menitipkan pujian buat penyanyi lagu Kau Kekasihku itu kerana menyifatkan dia sama sekali tidak pernah menunjuk dengan barangan mewah yang digayanya.

“Tokti kan… dia pakai apa pun, barangan mahal tidak pernah menunjuk. Tetapi dia akan terkantoi sendiri kerana peminatnya ini suka kaji berapa harga barang yang dipakai,” komen seorang warganet.

“Tokti tidak pernah menunjuk beg tangan atau ketika dia membeli belah. Memang rendah diri dari dulu sampai sekarang, disayangi ramai ini,” komen lagi seorang pengguna platform itu.

“Orang kaya yang tidak menunjuk. Tetapi kita tahu barang dia pakai semua berjenama tanpa dia beritahu pun. Ini baru kaya,” tulis seorang lagi di ruangan komen itu.

Selain itu, rata-rata peminatnya turut mendoakan agar penyanyi kesayangan mereka itu sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 22,240 jumlah tontonan daripada warga TikTok.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN