DAP tidak peduli sensitiviti umat Islam - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

DAP tidak peduli sensitiviti umat Islam – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak pemimpin DAP kerana membantah tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang tidak memperbaharui lesen premis judi dan mengehadkan penjualan arak secara terbuka kepada pengguna bukan Islam.

Malah, beliau pelik dengan bantahan pemimpin DAP itu atas alasan kononnya ia menyentuh hak bukan Islam.

“Inilah alasan yang sama disebutkan apabila Kerajaan Pas di Kelantan dan Terengganu memulakan langkah yang sama suatu ketika dahulu.

“Sebaliknya mereka langsung tidak pernah mempedulikan hak penganut Islam dan kedudukan Islam yang tinggi dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengharamkan judi sepenuhnya kepada penganut Islam. Malah penganut agama lain juga melarang judi dalam agama mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, sikap dan pendirian DAP mengenai pengharaman penjualan arak di negeri ditadbir oleh Pas tidak pernah berubah, dan ia menjadi sebab mengapa Pas diputuskan hubungannya parti pembangkang berkenaan sebelum ini.

Beliau menjelaskan, Pas juga mendapat maklum balas betapa dalam DAP ada juga yang tidak bersetuju dengan sikap agresif pemimpin mereka yang bertindak mencampuri urusan agama Islam dan para penganutnya.

“Bahkan, ada dalam kalangan mereka yang disingkirkan daripada DAP kerana tidak bersetuju dengan pendekatan yang melampau.

“DAP bersikap campur tangan terhadap setiap pelaksanaan Islam yang dibuat kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas atau tuntutan Pas yang mendesak kepada pelaksanaan Islam sekalipun apa yang dilakukan mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan dan langsung tidak menyentuh hak penganut agama lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak hairan apabila kini wujud kerjasama erat antara DAP dan PKR, begitu juga di sebalik penubuhan sebuah parti yang dinamakan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai tempat berlabuh segelintir pemimpin Pas yang dikira mengkhianati perjuangan dan melanggar baiah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya