DAP persoal pembahagian peruntukan dalam bajet

DAP persoal pembahagian peruntukan dalam belanjawan

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: DAP mempersoalkan peruntukan dalam Belanjawan 2022 yang didakwa pembahagiannya tidak adil untuk semua kaum.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, peruntukan berjumlah RM345 juta dalam Rang Undang-Undang Perbekalan itu adalah tidak adil dan perlu dikaji serta ditingkatkan.

“DAP tidak pernah menentang peruntukan berjumlah lebih RM9 bilion kepada kaum Bumiputera dalam Belanjawan 2022, baru-baru ini. Namun, kami mempersoalkan peruntukan kira-kira RM345 juta kepada kaum Cina dan India.

“Peruntukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada kaum Cina dan India amat rendah jika hendak dibandingkan apa yang diberikan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan Persekutuan,” katanya dalam ucapan pembukaan Konvensyen Biasa DAP Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini. 

Terdahulu, belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 November lalu, sejumlah RM11.4 billion diperuntukkan kerajaan kepada kaum Bumiputera dari segi bantuan, pendidikan dan pemerkasaan syiar Islam. 

Manakala bagi kaum Cina, sejumlah RM200 juta dan RM145 juta kepada kaum India diperuntukkan bagi tujuan sama. 

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal penggantian kenderaan rasmi bagi anggota kabinet daripada model Proton Perdana kepada Toyota Vellfire atas alasan kos sewa bulanan sedikit lebih rendah.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan ketika PH memerintah selama 22 bulan itu menegaskan tindakan sedemikian tidak pernah dibuat oleh kerajaannya seperti yang didakwa beberapa pemimpin politik lain.

“Adakah anda percaya dengan apa yang diperkatan kerajaan bahawa sewa kereta Vellfire lebih murah daripada Perdana,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya