Dahulu gelandangan, kini bergelar usahawan berjaya

Dahulu gelandangan, kini bergelar usahawan jaya

MASJIDAYANTI Nasution Abdullah Omar menyediakan tempahan daging dendeng di rumahnya di Halaman Meru Permai, Ipoh, Perak. – FOTO/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang ibu tunggal yang pernah menjadi gelandangan bersama dua anaknya selepas bercerai, bangkit menjadi seorang usahawan.

Masjidayanti Nasution Abdullah Omar, 46, berkata, hidup­nya berubah apabila mendapat bantuan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) yang menempatkan dia dan anak-anak­nya di Pusat Transit Gelanda­ngan Anjung Singgah di sini.

“Semasa di pusat transit itu, saya mendapat bantuan Baitulmal dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Saya diberikan bantuan wang pendahuluan untuk memulakan perniagaan kerana sebelum ini saya memang berniaga dari rumah,” katanya.

Masjidayanti ditemui Utusan Malaysia pada Majlis Apresiasi Sijil Kemahiran Malaysia dan U­sahawan Asnaf Berdikari Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (Kemas) di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Menurutnya, sejak itu dia meneruskan kembali perniagaannya, Yanti Multitask Enterprise yang menyediakan pel­bagai perkhidmatan seperti memasak, mengemas atau home cleaning dan perniagaan per­khidmatan lain.

Katanya, menerusi perniagaannya itu, dia dapat memperoleh pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan.

“Bukan mudah untuk bangkit semula bagi menyara empat orang anak yang masih bersekolah seorang diri,” katanya.

Masjidayanti berkata, setelah menyertai program Asnaf Berdikari anjuran Kemas, pendapatannya meningkat hampir RM2,800 dalam masa dua minggu.

“Sebelum ini saya tidak begitu pandai dalam pengurusan kewangan, semuanya main ‘langgar’ sahaja, tidak kira untung rugi. Setelah menyertai kursus Kemas ini, saya sudah tahu bagaimana menguruskan wang dalam perniagaan, lebih tepat cara pengiraan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Yasid berharap, peserta Asnaf Berdikari mampu menjadi usahawan yang lebih hebat.

“Saya juga berharap Asnaf Berdikari terus maju dan menjadi contoh kepada asnaf lain untuk menjana pendapatan sendiri dan berupaya berdikari sehingga berjaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya