Culik anak dara orang untuk dijadikan menantu

Culik anak dara orang untuk dijadikan menantu

AMALAN membesarkan kanak-kanak perempuan untuk dijadikan menantu diharamkan pada tahun 1950-an tetapi masih wujud di bahagian luar bandar China.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang wanita China dijatuhi hukuman penjara kerana menculik seorang gadis berusia 11 tahun untuk dibesarkan sebelum dijadikan isteri kepada anak lelakinya yang berusia 27 tahun.

Lapor Oddity Central, wanita yang dikenali sebagai Yang, bertemu dengan gadis bawah umur itu pada 13 Februari tahun lalu ketika melawat sebuah kampung di Bandar Liupanshui di wilayah barat daya Guizhou.

Yakin kanak-kanak itu boleh menjadi isteri sempurna untuk anak lelakinya yang lebih tua, Yang bertanya kepada ibu bapa gadis itu untuk membenarkan dia pulang bersamanya ke bandar Qujing di wilayah Yunnan.

Lamaran tersebut ditolak, tetapi Yang tetap mahu meneruskan rancangannya dengan berpakat bersama anak lelakinya menculik gadis itu ketika dia berada di rumah sendirian.

Enam hari selepas menculik gadis itu dan membawanya ke rumah mereka di Yunnan, Yang ditangkap polis dan anak lelakinya dilaporkan menyerahkan diri empat hari kemudian.

Pada Disember tahun lalu, Yang dijatuhi hukuman penjara  dua tahun manakala anaknya dipenjara tujuh bulan atas kesalahan menculik dan permohonan untuk mengurangkan hukuman ditolak selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan tersebut awal bulan lalu.

Kes dan hukuman yang dikeluarkan oleh mahkamah bagaimanapun mencetus kemarahan di media sosial China dengan ramai warganet mendakwa hukuman terhadap pasangan ibu dan anak itu  terlalu ringan dan tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan mereka.

China mempunyai tradisi kuno di mana gadis kecil diambil oleh keluarga lain untuk dibesarkan sebelum dikahwinkan dengan anak lelaki mereka. 

Amalan itu sudah diharamkan pada tahun 1950, tetapi dilaporkan masih berterusan di kawasan luar bandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN