fbpx

Cuba selamatkan ibu, dua mati lemas dibawa arus Sungai Air Beruk

KEADAAN mayat mangsa lemas di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang di Gerik, Perak, semalam. - MEDIA SOSIAL

GERIK: Seorang lelaki dan abang iparnya lemas ketika menyelamatkan ibu mereka di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang, di sini semalam.

Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa, Abdul Rahman Ramli, 26, dan abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris, 42, mandi di sungai itu bersama ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, semasa sedang mandi, ibu mangsa hampir lemas dengan kedua-dua mangsa cuba untuk menyelamatkan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, ibu mangsa dapat diselamatkan namun kedua-dua mangsa dibawa arus dan lemas.

Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Gerik.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat.

“Ibu mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan dilaporkan stabil. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!