CCTV ‘kantoikan’ lelaki curi pam racun, kaki payung

CCTV ‘kantoikan’ lelaki curi pam racun, kaki payung

RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek (kiri) mencuri barangan di sebuah rumah di Taman Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tindakan seorang lelaki mencuri pam racun dan kaki payung di sebuah rumah di Taman Sungai Sembilang, Jeram di sini, semalam memakan diri apabila aksinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an dipercayai melarikan barangan berkenaan dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati pemilik rumah itu meninggalkan kediaman untuk keluar berniaga tanpa menutup pintu pagar utama.

Katanya, suspek yang dipercayai bersendirian meletakkan kereta berwarna merah dan memasuki kawasan rumah mangsa.

“Berdasarkan rakaman CCTV, lelaki itu kemudian mengambil satu pam racun dan tiga kaki payung berniaga.

“Semua barangan itu dimasukkan suspek ke dalam kereta berkenaan sebelum beredar dari lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah Ramli, pihaknya menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Justeru, kita meminta kerjasama orang ramai tampil yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Firdaus di talian 014-5881805 atau mana-mana balai berdekatan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 58 saat memaparkan suspek yang sempat menjawab panggilan telefon bimbit sebelum bertindak melarikan empat barangan tersebut.

Video itu diperoleh menerusi rakaman CCTV yang berada di kawasan kediaman mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya