PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Abd. Hadi dipercayai menyindir Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan calon berumur muda tidak boleh menutup mata rakyat daripada isu ‘katak berprinsip’. Beliau berkata, pihaknya tidak menafikan ramai pimpinan muda parti itu yang menyambut baik pencalonan calon-calon wajah baharu dan muda umurnya, maka pihaknya juga ikut sama menyambutnya dengan baik. “Namun, sekadar meletakkan calon berumur muda tidak akan mengubah apa-apa…










