Harga emas cecah RM695 segram

Harga emas cecah RM695 segram

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga emas meningkat ke paras tertinggi baharu sekitar AS$5,500 (RM21597.65) seauns atau AS$176.82 (RM695.03 segram) pada awal dagangan Asia, seawal pagi ini.

Kenaikan itu disokong permintaan aset selamat yang kukuh susulan ketegangan geopolitik berterusan, ketidaktentuan ekonomi serta kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) .

Menurut laporan FXStreet yang memetik laporan BBC, ketegangan geopolitik berlanjutan selepas Presiden AS, Donald Trump, mengeluarkan amaran baharu kepada Iran pada Rabu.

“Trump menggesa Iran supaya “kembali ke meja rundingan” dan berunding bagi mencapai “perjanjian yang adil dan saksama” yang akan menghalang pembangunan senjata nuklear, atau serangan AS seterusnya akan menjadi jauh lebih dahsyat.

“Dalam masa sama, Iran membalas dengan ancaman untuk melancarkan serangan balas terhadap AS, Israel dan pihak yang menyokong mereka,” katanya.

Menurutnya, keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah turut menyumbang kepada kenaikan harga emas.

“Bank pusat AS itu mengekalkan kadar faedah dalam julat sasaran 3.5 peratus hingga 3.75 peratus selepas mesyuarat dasar monetari Januari pada Rabu.

“Kadar faedah yang lebih rendah lazimnya mengurangkan kos peluang memegang aset tidak memberikan pulangan seperti emas, sekali gus menjadikannya lebih menarik kepada pelabur,” katanya.

Trump pada Selasa sebelum ini berkata, beliau akan mengumumkan pilihannya bagi jawatan Pengerusi Fed yang baharu dalam masa terdekat.

Beliau menambah bahawa kadar faedah akan turun dengan ketara sebaik sahaja pengerusi baharu mengambil alih.

Pedagang bimbang Fed akan kehilangan kebebasannya selepas pelantikan calon pilihan Trump sebagai Pengerusi Fed, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap aset selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×