Ringgit kekal mengukuh pagi ini

Ringgit kekal mengukuh pagi ini

SEORANG pengurup wang mengira wang kertas ringgit Malaysia sementara pelanggan menunggu di kiosk pengurup wang di Kuala Lumpur. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit meneruskan aliran menaik meskipun pihak Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah pada tahap 3.50 peratus hingga 3.75 peratus.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan dibuka tinggi berbanding dolar AS pada 3.9150/9200 berbanding penutup 3.9160/9220 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, situasi itu menunjukkan permintaan terhadap mata wang ringgit terus meningkat meskipun penilaian bank pusat terhadap ekonomi AS positif.

“Jika kita lihat dalam pasaran ekuiti bagi bulan ini, lebih RM1.4 billion belian bersih dicatatkan.

“Ini menandakan permintaan terhadap matawang ringgit meningkat kerana pelabur asing perlu menukar matawang asing kepada ringgit bagi membeli saham2 di Malaysia.

“Justeru, aliran kenaikan ringgit dilihat masih lagi berterusan,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN