Kes bunuh: Punca kematian mangsa akibat lemas dicekik

Bunuh: Kematian akibat lemas dicekik

ANUAR OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Punca kematian lelaki yang maut dalam pergaduhan di pasar pagi dekat Flat Jalan Ashby di sini semalam, berpunca akibat lemas ekoran tekanan pada bahagian leher.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Datuk Anuar Othman berkata, punca kematian diketahui selepas proses bedah siasat dijalankan ke atas mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.

“Proses bedah siasat dijalankan pada pukul 9 pagi tadi dan keputusannya menunjukkan sebab-sebab kematian mangsa adalah ‘asphyxia due to neck compression’ atau kelemasan disebabkan tekanan di bahagian leher.

“Ketiga-tiga suspek yang ditangkap direman tujuh hari sehingga Khamis ini untuk siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 9.30 pagi semalam, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dalam pergaduhan dengan tiga suspek yang dikatakan berpunca daripada isu kecurian pembesar suara mudah alih.

Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai mencuri pembesar suara milik seorang daripada mereka sehingga berlaku pertengkaran mulut yang akhirnya membawa kepada pergelutan.

Mangsa yang dipercayai mempunyai masalah mental itu meninggal dunia di tempat kejadian dengan sebilah pisau lipat dijumpai di lokasi sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya