Bersatu tidak perlu ihsan UMNO - Utusan Malaysia

Bersatu tidak perlu ihsan UMNO

MOHD. Rafiq Naizamohideen bercakap kepada pemberita sebelum menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Falahin di Alai, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak memerlukan ihsan UMNO untuk menjalin sebarang kerjasama sebaliknya terus berusaha mengukuhkan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, kenyataan bahawa UMNO sudi menerima Pas sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat atas dasar pendirian dan hak UMNO.

Menurut beliau, Pas tetap memilih untuk kekal dalam PN meskipun tahu rakannya dalam Muafakat Nasional (MN) tidak menerima Bersatu.

“PN tidak pernah menunggu UMNO untuk bersetuju walaupun pada peringkat awal terbuka untuk bekerjasama atas nama perpaduan ummah atau perpaduan rakyat. Parti-parti komponen PN iaitu Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) terus memperkasa PN setelah UMNO menolak.

“Sebab itu PN bertanding 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menunjukkan keseriusan PN dalam membentuk kerajaan negeri tanpa kerjasama dengan mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Falahin di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu ceramahnya mengatakan, UMNO bersedia menerima Pas sekiranya BN menang PRN Melaka.

Dalam pada itu, mengenai manifesto PN yang akan dilancarkan pada 14 November ini, Mohd. Rafiq memberitahu, ia bersifat menyeluruh atau holistik dan tiada pihak yang akan tertinggal.

Katanya, semua golongan, kaum, agama dan budaya akan menerima manfaat bersama.

“Manifesto ini membuktikan bahawa PN adalah satu wadah perjuangan buat rakyat berbilang bangsa dan tidak hanya terhad kepada satu-satu kaum sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya