Beri ruang calon berceramah melalui saluran televisyen, radio rasmi - Utusan Malaysia

Beri ruang calon berceramah melalui saluran televisyen, radio rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia digesa melaksanakan tiga perkara bagi mengelakkan kesenjangan akses terhadap maklumat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang bermula hari ini. 

Jawatankuasa Komunikasi, Digital dan Multimedia Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan memaklumkan, kementerian perlu memberi ruang sekurang-kurangnya 30 minit bagi setiap parti, pada setiap waktu malam untuk berceramah melalui saluran TV1, TV2 dan Bernama TV. 

“Kementerian juga perlu memberi ruang sekurang-kurangnya 60 minit bagi setiap parti, setiap hari untuk berceramah menggunakan saluran radio seperti Melaka FM dan Bernama Radio. 

“Selain itu, program forum perdana yang diwakili setiap parti juga perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali melalui saluran televisyen dan radio rasmi sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri Melaka nanti. 

“Justeru, PH percaya dengan membenarkan semangat lebih terbuka media rasmi terhadap semua pihak ini akan merancakkan lagi amalan demokrasi di Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini. 

Kenyataan itu ditulis bersama ahli-ahli Parlimen pembangkang iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi; Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kail Setiausaha Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) dan Pengarah Komunikasi Wanita Keadilan, Loh Ker Chean. 

Kenyataan itu hadir ekoran prosedur operasi standard (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pilihan raya negeri yang tidak membenarkan sebarang aktiviti berkempen melibatkan pertemuan antara calon dan pengundi secara fizikal. 

Hal itu termasuk aktiviti ceramah, ziarah rumah ke rumah dan ‘walkabout’ yang bermaksud aktiviti kempen yang pernah menjadi kebiasaan sebelum pandemik Covid-19 tidak lagi dibenarkan. 

Pilihan lain yang masih ada dengan menjalankan kempen secara dalam talian di media sosial namun ia belum dapat dilaksanakan dengan lancar akibat batasan ketersampaian internet. 

“Para pengundi di Melaka yang tinggal di kawasan dengan capaian internet atau telekomunikasi yang tidak baik, atau tidak mempunyai telefon pintar, atau tidak fasih media sosial bakal tertinggal dari menerima maklumat tepat dan terkini dari calon-calon parti yang bertanding. 

“Mereka sudah pasti mempunyai akses kepada saluran maklumat yang lebih tradisional seperti radio, televisyen dan surat khabar,” kata kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya