Belum tiba masanya adakan PRU-15 - Utusan Malaysia

Belum tiba masanya adakan PRU-15

ROMZI ATIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk membuktikan kekuatan gabungan parti itu di peringkat Persekutuan.

Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Romzi Ationg berkata, trend sokongan terhadap BN di Melaka tidak semestinya sama di peringkat persekutuan terutama sekali di Sabah dan Sarawak.

Walaupun keputusan pada PRN Melaka menggambarkan sokongan pengundi di Semenanjung Malaysia terhadap BN masih kuat dan semakin mengukuh namun, itu bukan gambaran keseluruhan sokongan rakyat.

“Keputuan berpihak kepada BN pada PRN Melaka susulan ketidakstabilan kerjasama politik serta kegagalan parti gabungan pihak lawan meraih sokongan pengundi.

“Situasi itu menyebabkan golongan Melayu yang berusia memberi sokongan yang kuat terhadap BN,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Khidmat Komuniti) berkata, pilihan raya masih belum sesuai diadakan dalam masa terdekat susulan kes Covid-19 masih belum stabil. Malah, parti-parti politik juga memerlukan masa untuk persediaan PRU-15.

Mengulas lanjut katanya, walaupun ada perjanjian PRU-15 hanya akan diadakan selepas Julai 2022 namun, memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai itu tidak mampu menghalang keinginan parti-parti politik untuk segera mengadakan PRU, apatah lagi jika MoU itu gagal.

Pada 14 September lalu, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) mengesahan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tarikh PRU-15 masih boleh dirunding kerana MoU antara kerajaan dan PH bukan kitab suci untuk tidak membenarkan PRU diadakan sebelum Julai 2022.

“Saya tidak fikir kita harus melanggar (MoU) tetapi yang terbaik adalah kita berunding dan semua pihak sudah pasti ada pandangan yang berbeza dan secara konsensus. Keputusan majoriti akan dibuat berdasarkan kepada hasil perbincangan yang diadakan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya