56 kapal GSF mula belayar dari Itali menuju Gaza

56 kapal GSF mula belayar dari Itali menuju Gaza

Seramai 36 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi ini berada dalam keadaan sihat dan bersemangat tinggi untuk meneruskan pelayaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 56 kapal di bawah misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini memulakan pelayaran dari Pelabuhan Catania, Itali menuju ke perairan antarabangsa seterusnya ke Gaza.

Menurut kenyataan Sumud Nusantara Command Center (SNCC), armada itu terbentuk hasil penggabungan strategik antara 40 kapal dari Barcelona, Sepanyol dengan kumpulan flotila Itali, sekali gus memperkukuh kekuatan misi kemanusiaan berkenaan.

“Beberapa kapal masih berada di Pelabuhan Catania bagi menjalani proses teknikal dan pembaikan sebelum menyusul untuk menyertai semula armada utama selepas kerja baik pulih selesai,” menurut kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

SNCC menyatakatan seramai 36 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi ini terdiri daripada jurutera bot, kapten, pasukan perubatan, kru kapal, penganjur serta peserta berada dalam keadaan sihat dan bersemangat tinggi untuk meneruskan pelayaran.

“Pihak urus setia sentiasa memantau tahap keselamatan dan kebajikan semua krew bagi memastikan kelancaran operasi di perairan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, SNCC turut memaklumkan satu penyesuaian tugasan telah dibuat melibatkan tiga delegasi Malaysia berikutan beberapa kapal yang telah mengalami kerosakan teruk.

“Delegasi berkenaan ialah Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah Helmi dan Nurul Hidayah Mohd Amin.

“Ketiga-tiga mereka telah selamat tiba di Malaysia dan kini memulakan tugas rasmi di pangkalan SNCC Sepang yang berperanan sebagai Pangkalan Operasi Serantau bagi penyelarasan strategik dari tujuh buah negara,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini