Bahan pembuatan peralatan ketenteraan bernilai RM3.2 juta dirampas - Utusan Malaysia

Bahan pembuatan peralatan ketenteraan bernilai RM3.2 juta dirampas

ABDUL Wahabi Abdullah (kanan depan) menunjukkan aloi Titanium Forgings yang dirampas ketika sidang akhbar di Wisma Kastam di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah mematahkan cubaan mengimport barang dagangan aloi ‘Titanium Forgings’ seberat 25.067 tan metrik (25,067.30 kilogram matrik) bernilai RM3.2 juta di hadapan sebuah gudang di Pelabuhan Barat, di sini pada 27 Oktober lalu.

Titanium Forgings disyaki boleh digunakan untuk pembuatan bahagian atau komponen bagi peralatan ketenteraan atau ‘weapon of mass destruction‘ (WMD) yang boleh digunakan untuk membuat jet pejuang, bom nuklear dan pelbagai lagi.

Timbalan Ketua Pengarahnya (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Abdul Wahabi Abdullah berkata, serbuan yang dijalankan pada pukul 12 tengah hari itu mendapati kontena bersaiz 6.09 meter yang diikrarkan dalam Bill of Loading tidak memiliki permit daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Serbuan itu turut diadakan bersama agensi lain iaitu Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), AELB dan Sekretariat Perdagangan Strategik MITI.

“Mengikut Bahagian 2 : Jadual Barang Dwi Guna, Kategori 1 : Bahan Khas dan Perkakas Berkaitan, Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010 memerlukan permit daripada AELB, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

“Dagangan adalah disyaki jenis aloi Titanium Forgings yang bernilai RM3.2 juta melibatkan anggaran cukai/duti sebanyak RM320,000,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Wahabi memberitahu, ejen perkapalan telah ditahan bagi membantu siasatan selepas didapati gagal mengemukakan Borang Kastam 5 bagi tujuan ‘transshipment’ dari negara asal.

Jelasnya, mereka disyaki menggunakan negara ini sebagai pusat transit sebelum dihantar ke negara lain di Asia Barat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perdagangan Strategik 2010 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya