Anggota polis peras ugut warga Palestin ditahan - Utusan Malaysia

Anggota polis peras ugut warga Palestin ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Gombak mengesahkan telah menahan seorang anggotanya bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan membabitkan warga Palestin pada Sabtu lalu.

Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, anggota berusia 22 tahun yang ditahan itu adalah anggota polis yang menjalankan tugas am di Balai Polis Gombak.

Kata beliau, penahanan itu dibuat selepas video tular di media sosial selain menerima satu laporan berhubung kejadian semalam.

“Susulan itu, satu siasatan dijalankan dan suspek ditahan. Suspek menerima sejumlah wang bagi melepaskan bapa mangsa daripada mengambil tindakan atas kegagalan menunjukkan pasport yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zainal, kejadian itu berlaku pada 9 November lalu di sekatan jalan raya di Batu 7, Jalan Gombak.

Jelasnya, mangsa bersama bapanya diperiksa di sekatan jalan berkenaan pada pukul 10.40 pagi ketika dalam perjalanan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Pemeriksaan anggota polis bertugas mendapati bapa mangsa tidak membawa pasport dan hanya menunjukkan gambar pasport di dalam telefon bimbit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan pemerasan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman jika disabitkan kesalahan.

“Orang ramai  yang mempunyai maklumat tambahan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 03-61262222 atau 016-9537372,” jelasnya.

Sebelum ini, tular rakaman suara di Twitter berkaitan salah laku pemerasan meminta wang yang dilakukan anggota polis ketika sekatan jalan raya.

Pemilik akaun NURATIKAHROSE memuat naik beberapa rakaman suara rakannya dipercayai seorang warga Palestin ketika ditahan polis di satu sekatan jalan raya di Batu 7, Jalan Gombak Lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya