Air, daun ketum bernilai RM192,708 dilupus - Utusan Malaysia

Air, daun ketum bernilai RM192,708 dilupus

MOHD. Taufik Maidin (kiri) menunjukkan sebahagian daun dan air ketum yang akan dilupuskan di IPD Padang Terap, Kedah,  hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Polis melupuskan sebanyak 2,973.66 liter air dan 16 tan metrik daun ketum bernilai RM192,708.41 yang dirampas sejak 2014 hingga tahun lalu, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Taufik Maidin berkata, rampasan air dan daun ketum itu melibatkan sebanyak 293 kes yang diselesaikan.

“Kesemua barang kes ini telah selesai perbicaraan di mahkamah dan mendapat perintah untuk dilupuskan,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Pelupusan Barang Kes Daun Ketum di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, pelupusan akan dilakukan di tempat pelupusan sampah Jabi, Pokok Sena dekat sini.

“Hampir keseluruhan daun ketum juga didapati telah reput berikutan telah lama disimpan, selain ada cecair yang didapati dicampurkan dengan pelbagai bahan seperti minuman berkarbonat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN