Platform e-dagang Agro Tradzt bantu petani jihad orang tengah 

Agro Tradzt bantu petani jihad orang tengah 

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform e-dagang Agroproduk Bersepadu, Agro Tradzt yang dilancarkan hari ini dijangka mampu menampilkan model perniagaan penjualan secara terus daripada pengeluar kepada entiti perniagaan atau pengguna.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, platform berkenaan secara tidak langsung akan memudahkan penjualan hasil perusahaan dilakukan petani, peladang dan penternak tanpa dimanipulasi orang tengah.

Katanya, menerusi platform tersebut, ia juga akan menyokong rantaian bekalan dengan lebih cekap terutamanya bagi barangan mudah rosak.

“Permintaan serta beban pengangkutan disatukan dan dioptimumkan untuk membolehkan skala pengangkutan yang paling ekonomik. Strategi pemasaran Agro Smart Tradzt mampu memenuhi pelbagai jenis mekanisme harga yang diamalkan dalam industri pertanian pada masa ini.

“Pengguna boleh menggunakan rujukan harga rasmi siaran harian (untuk pembeli kuantiti kecil) dan harga rundingan atau harga bidaan (untuk pembeli kuantiti pukal),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ronald, pelancaran Agro Tradzt bertepatan dengan strategi utama kementerian dalam mewujudkan peluang pasaran lebih luas khususnya untuk pengeluar produk pertanian kecil.

“Selain itu, usaha berteraskan pemodenan turut digariskan dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN) bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti sistem makanan negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Tradzt CK Chung menjelaskan, pihaknya mahu membawa inovasi menerusi Agro Marketplace yang biasanya dinikmati syarikat besar kepada orang ramai termasuk petani dan nelayan.

“Ciri-ciri mudah lain platform itu untuk pembeli termasuk menerima pesanan belian bagi setiap transaksi, keupayaan untuk menjejak status pesanan dan menerima e-Invois,” ujarnya.

Agro Smart Tradzt membolehkan jualan terus oleh kumpulan itu dengan menawarkan produk hasilan segar, harga yang lebih adil, kestabilan sumber bekalan dan pengalaman membeli yang menarik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya