Abidzar Al Ghifari cinta kerjaya lakonan - Utusan Malaysia

Abidzar Al Ghifari cinta kerjaya lakonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon kacak, Abidzar Al Ghifari, 20 mengakui amat mencintai kerjayanya sebagai pelakon.

Lapor portal Liputan6, anak kelahiran Jakarta ini berkata tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pelakon dan dahulu sering menolak tawaran untuk terjun ke bidang tersebut.

“Saya semakin yakin, memang saya senang berada di hadapan kamera.

“Sebenarnya dari dahulu lagi, ayah saya sering menawarkan (peluang berlakon). Tetapi saya katakan tidak kerana tidak berani.

“Akhirnya, saya terpaksa terlibat dalam filem Hijrah Cinta bersama pelakon Yori. Dari situ banyak tawaran datang dan akhirnya saya berasa selesa,” kata anak pendakwah terkenal, ustaz Jefri Al Buchori ini.

Pelakon muda ini sebelum ini pernah tampil dalam beberapa sinetron popular seperti Monyet Cantik 2, Cinta Anak Muda dan Insyaallah Syurga.

Katanya lagi, dia gembira kerana berkecimpung dalam kerjaya yang diminati dan menerima pendapatan menerusinya.

“Sampai tahun 2017 saya ditawarkan berlakon filem kedua, bermula dari saat itu saya sudah yakin dengan diri sendiri.

“Lakonan juga menjadi medium saya untuk mencari pendapatan untuk menyara kehidupan,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN