69 individu dikompaun RM127,000 abaikan SOP - Utusan Malaysia

69 individu dikompaun RM127,000 abaikan SOP

AHMAD JAWILA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Kegembiraan 69 individu termasuk pemilik premis berhibur hingga mengabaikan penjarakan fizikal menyebabkan kesemua mereka dikenakan kompaun pada Ahad.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi di sebuah pusat hiburan Bistro Cafe di kawasan Pekan Jati, kesemua 69 individu itu dilihat leka berhibur tanpa mempedulikan penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Ahmad Jawila berkata, kesemua 69 individu yang terdiri daripada 43 orang lelaki dan 26 orang wanita berusia antara 20 hingga 42 tahun dikompaun RM1,500 setiap seorang manakala, pemiliknya dikompaun RM25,000.

Jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan bernilai RM127,000.

Beliau berkata, kesemua 69 individu itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) di bawah Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Pihak kami mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis kerana gagal memastikan pengunjung mematuhi penjarakan fizikal manakala kompaun kepada pengunjung atas kesalahan tiada penjarakan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya