6,517 kes baru, tertinggi dalam tempoh tiga minggu - Utusan Malaysia

6,517 kes baru, tertinggi dalam tempoh tiga minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah tertinggi dalam tempoh 21 hari, sejak October 22 lalu iaitu 6,517 kes.

Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes kumulatif kini berjumlah, 2,535,338.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 1.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutama di Kuala Lumpur (peningkatan 45.3 peratus), Melaka (peningkatan 31.8 peratus), Negeri Sembilan (peningkatan 19.7 peratus) dan Perak (peningkatan 12.7 peratus).

Sejak 9 Oktober lepas, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mastura Yazid memaklumkan, kerajaan akan menyekat kembali aktiviti sosial jika berlaku peningkatan pandemik Covid-19.

Jelasnya, perkara itu akan diputuskan sebuah jawatan kuasa yang dipengerusikan Perdana Menteri menerusi penilaian yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya