54 individu termasuk penjaga premis hiburan diberkas ketika sedang berhibur  - Utusan Malaysia

54 individu termasuk penjaga premis hiburan diberkas ketika sedang berhibur 

SEBAHAGIAN daripada 49 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Dr. Lim Chwee Leong, Georgetown, Pulau Pinang yang diserbu polis malam tadi kerana melanggar SOP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kegembiraan sekumpulan 49 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Dr. Lim Chwee Leong di sini terbantut apabila diserbu polis malam semalam.

Mereka terdiri daripada 35 pelanggan tempatan dan 14 wanita warga asing itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira pukul 10.30 malam.

Turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis berkenaan bersama tiga pekerja iaitu pasangan lelaki dan wanita tempatan dan seorang lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua tangkapan berusia dalam lingkungan 20 hingga 54 tahun.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati penjaga premis berkenaan melakukan kesalahan menggaji serta melindungi warga asing.

“Lelaki tersebut dikenakan kompaun RM30,000 atas tiga kesalahan iaitu gagal menyediakan laluan keluar masuk, menjalankan aktiviti hiburan dan gagal memastikan pelanggan menjaga penjarakan fizikal.

“Selain itu, kesemua warga tempatan yang diperiksa juga dikenakan kompaun RM4,000 setiap seorang atas kesalahan gagal menjaga penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan ke atas seorang pekerja bersama 14 wanita warga asing akan dilakukan di bawah Akta Imigresen dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Saringan air kencing yang dilakukan  terhadap kesemua mereka didapati negatif daripada sebarang pengambilan dadah.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” jelasnya.

Tambah beliau, kesemua individu terbabit kini ditahan reman selama tiga hari hingga 22 November ini untuk siasatan lanjut. –  UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya