43,124 pelajar mula sesi persekolahan di Perlis - Utusan Malaysia

43,124 pelajar mula sesi persekolahan di Perlis

PELAJAR mengimbas suhu sebelum memasuki kawasan sekolah di SMK Perlis, Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN MALAYSIA/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebanyak 43,124  murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini setelah Perlis memasuki fasa empat Pelan Pemulihan (PPN) pada 8 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berkata, jumlah tersebut melibatkan 23,777 murid sekolah rendah dan 19,347 pelajar menengah.

Katanya, pembukaan tersebut turut melibatkan 2,380 guru sekolah rendah dan 2,302 guru sekolah menengah dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4,682 orang.

“Pembukaan ini melibatkan 104 buah sekolah iaitu masing-masing  74 buah sekolah rendah dan 30 sekolah menengah. Daripada jumlah tersebut sebanyak tujuh buah sekolah beroperasi penuh tanpa sistem pengiliran kerana jumlah pelajarnya yang tidak melebihi 150 orang.

“Sehingga kini, jumlah pelajar sekolah menengah yang sudah divaksin adalah sebanyak 5,275 orang yang melibatkan 32 buah sekolah termasuk sekolah agama, kolej vokasional dan dua buah maahad tahfiz,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya