28 atlet para bertanding di AYPG - Utusan Malaysia

28 atlet para bertanding di AYPG

Megat D Shahriman Zaharudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mendapat ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai Sukan Para Remaja Asia (AYPG) 2021 di Manana, Bahrain dari 2 hingga 6 Disember ini.

Kontinjen Malaysia akan disertai 28 atlet daripada umur antara 13 hingga 23 tahun serta pegawai dalam beberapa acara seperti olahraga, badminton, boccia, renang, ping pong dan powerlifting.

Menurut Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin berkata, penyertaan Malaysia di AYPG adalah satu peluang buat program pembangunan remaja untuk melakukan persiapan menjelang tiga temasya besar tahun depan iaitu Sukan Para Asia Hangzhou dan Sukan Komanwel Birmingham.

“Kami berterima kasih kepada MSN kerana bertolak ansur dan memberikan sokongan kepada permohonan kami untuk menyertai temasya ini.

“Kami di MPM amat menyokong program pembabitan awal untuk pembangunan ahli sukan tidak kira lelaki ataupun wanita. Mereka adalah masa depan kita dan kita harus kekal fokus untuk mengenalpasti dan melabur kepada golongan remaja ini yang bakal menggantikan atlet senior.

“Program sebegini juga memberi harapan kepada keluarga yang mempunyai anak kelainan upaya untuk membabitkan diri dalam sukan di peringkat usia muda lagi,” kata Megat dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Malaysia sudah mengambil bahagian di AYPG sejak mula dianjurkan pada 2009 di Tokyo. Malaysia turut pernah menjadi tuan rumah AYPG pada 2013 dengan siri terbaru penganjuran adalah pada 2017 di Dubai.

Pada penyertaan empat tahun lalu, Malaysia meraih 10 pingat iaitu lima emas, dua perak dan tiga gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya