25 penyokong PH berarak di Telok Mas - Utusan Malaysia

25 penyokong PH berarak di Telok Mas

ASHRAF Mukhlis Minghat (tengah) bersama penyokongnya sebelum proses penamaan calon DUN Telok Mas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tindakan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat yang didakwa membawa penyokong di luar pekarangan pusat penamaan calon (PPC) akan disiasat, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah,  Superintenden Rais Mukhliz Azman Aziz.

Beliau berkata, pihaknya akan membuka satu kertas siasatan berhubung perkara itu dan memaklumkan kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi tadi.

Jelasnya, kumpulan individu berkemeja-T berwarna merah itu dikesan berarak mengiringi Ashraf Mukhlis.

Menurutnya, polis akan mengenal pasti kesemua individu terlibat sebelum siasatan diteruskan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Kita dapati terdapat kehadiran lebih kurang 25 penyokong PH mengiringi calon di kawasan DUN Telok Mas ini dan kertas siasatan akan dibuka.

“Pasukan Cantas Khas kemudian telah bertindak pantas untuk menyuraikan dan memberi amaran kepada penyokong agar mereka bersurai sebelum semua beredar dan berada di luar kawasan dengan jarak lebih 50 meter dari PPC,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan larangan sebarang aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang tempoh penamaan calon.

Hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk ke PPC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.