Enam terselamat pokok tumbang hempap kereta - Utusan Malaysia

Enam terselamat pokok tumbang hempap kereta

KEADAAN kereta yang dihempap pokok tumbang di Jalan Simpang Pulai-Lahat Station 18, di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Enam individu berdepan detik cemas selepas kenderaan mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Simpang Pulai-Lahat Station 18, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.26 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh segera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di lokasi, didapati pokok tumbang menimpa dua kenderaan jenis Perodua Bezza.

“Kesemua enam mangsa lelaki bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan mereka dilaporkan selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ketua operasi kemudian mengarahkan anggota memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap sebelum menjalankan kerja-kerja memotong pokok menggunakan dua unit gergaji rantai.

“Kerja-kerja memotong pokok selesai sepenuhnya pada pukul 5 petang sebelum operasi ditamatkan pada pukul 6.43 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×