Sebanyhak 20 notis terhadap peniaga naik harga di Perak

20 notis terhadap peniaga naik harga di Perak

SAIFULLIZAN Kamarul Zaman (kanan) ketika membuat pemeriksaan di Pasar Besar Ipoh, Perak hari ini. - FOTO/IHSAN KPDNHEP PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 20 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dan Notis Bertulis (NB) dikeluarkan kepada pemborong dan peruncit sayur-sayuran dalam operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di pasar seluruh negeri hari ini.

NPMB dan NB itu dikeluarkan kepada peniaga yang didapati menaikkan harga sayur-sayuran di pasar termasuk di Pasar Besar Ipoh yang mana notis tersebut diserahkan sendiri oleh Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman dalam pemeriksaan pagi tadi.

Menurut Saifullizan, tujuan notis itu dikemukakan adalah untuk mendapatkan maklumat suatu barangan atau perkhidmatan bagi penyediaan analisa kesalahan mencatut.

“Mana-mana peniaga yang menaikkan harga yang tidak munasabah akan diberikan NPMB dan NB dan perlu memberikan jawaban dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk pihak penguat kuasa membuat siasatan dan analisis kenaikan harga. 

“KPDNHEP akan mengambil tindakan ke atas semua rantaian bekalan sama ada pengeluar, pembekal, pemborong dan peruncit sayuran jika didapati ada kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, KPDNHEP Cawangan Teluk Intan telah melaksanakan operasi melalui Ops Menu dan menghasilkan tiga tindakan kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972. 

Jelas beliau, tindakan kes tersebut telah dikenakan ke atas tiga pengusaha restoran makanan laut di Teluk Intan yang menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan. 

Menurut beliau, dua pengusaha restoran makanan laut itu telah dikompaun dan membayar denda serta-merta dengan nilai kompaun masing-masing adalah RM200 dan RM500, sementara seorang peniaga enggan membayar denda dan tindakan sitaan telah dilakukan oleh KPDNHEP untuk tindakan lanjut.

“KPDNHEP Cawangan Manjung pada hari yang sama juga telah mengambil satu tindakan kes melalui Op Menu dan Op Samar ke atas seorang pengusaha restoran di Manjung kerana gagal meletakkan tanda harga di bawah AKHAP 2011. 

“Kes telah dikompaun sebanyak RM300 kerana kesalahan tersebut menerusi peruntukan Perenggan 5, Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 iaitu gagal meletakkan label, tag atau tanda pada barangan itu yang menunjukkan harga tunai sama ada untuk jualan atau sebagai contoh jualan di premis itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya