19 kes pinjaman tidak berlesen disiasat - A. A. Anbalagan

19 kes pinjaman tidak berlesen disiasat 

A. A. ANBALAGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka 19 kertas siasatan melibatkan sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen di Serdang bagi sepanjang tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, dua individu dikenakan tindakan pendakwaan mengikut Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, pada tahun 2020, sebanyak 18 kes disiasat manakala enam individu didakwa termasuk dua diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959

Katanya, pihaknya mendapati modus operandi sindiket adalah menggantung poster di beberapa lokasi tertentu dan menggunakan media sosial bagi mempamerkan nombor untuk dihubungi bertujuan mendapatkan pinjaman wang.

“Mangsa yang tertarik dengan iklan berkenaan akan menyerahkan dokumen peribadi melalui WhatsApp tanpa bersemuka dan tidak menandatangani dokumen perjanjian.

“Sindiket akan mengenakan kadar faedah tinggi dan kegagalan peminjam untuk membayar balik wang akan menyebabkan berlaku jenayah kekerasan terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anbalagan berkata, antara jenayah kekerasan dilakukan sindiket dengan melakukan ugutan, merosakkan harta benda, menyimbah cat, membakar premis atau kenderaan milik mangsa.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan khidmat pinjaman wang ditawarkan menerusi media sosial dan poster diiklankan.

“Mereka boleh membuat pengesahan di laman di ccid.rmp.gov.my/semakmule. 

“Selain itu, individu yang mempunyai masalah berkaitan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya