18 daripada 20 manifesto Pas Terengganu sudah ditunaikan - Utusan Malaysia

18 daripada 20 manifesto Pas Terengganu sudah ditunaikan

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Pas Terengganu berjaya menunaikan 18 daripada keseluruhan 20 manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam tempoh tiga tahun mengambil alih pentadbiran negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, baki dua yang belum dilaksanakan ialah pembangunan bandar baharu lestari di samping pembinaan institusi pengajian tinggi (IPT) Islam negeri.

Katanya, bandar baharu lestari akan dibangunkan di setiap daerah berasaskan lapan prinsip termasuk berkonsepkan Islam dan pintar.

“Bukit Seraya di Kuala Nerus dipilih sebagai lokasi rintis bagi projek itu, justeru satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan pelan secara teknikal dan mikro dapat dilaksanakan dengan baik serta secepat mungkin.

“Majlis pecah tanah IPT Islam negeri akan diadakan awal tahun depan di kampus induk di Durian Mentangau, Dungun yang dibangunkan dengan kos keseluruhan RM350 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2022 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Mei lalu, Ahmad Samsuri mengumumkan sebanyak 70 peratus atau 14 manifesto PRU-14 sudah ditunaikan kerajaan negeri.

Katanya, sepanjang tempoh itu, empat lagi manifesto sudah dilaksanakan iaitu perkampungan Darul Barakah, wad kelas ketiga percuma, skim pembiayaan perumahaan Terengganu (i-Rahman) dan pencen rakyat warga emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN