Wanita 78 tahun di rumah penjagaan meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Wanita 78 tahun di rumah penjagaan meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Video yang mendakwa seorang wanita warga emas maut kerana vaksin adalah tidak benar kerana mangsa dijangkiti Covid-19 susulan seorang pekerja rumah penjagaan warga emas di Kuala Lumpur disahkan positif.

Pengarah Kesihatan Negeri Kuala Lumpur dan Putrajaya, Datuk Dr. Param Jeeth Singh Pakar Singh berkata, penghuni rumah penjagaan warga emas itu berusia 78 tahun disahkan positif Covid-19 pada 6 September lalu sebelum keesokkannya dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dan meninggal dunia pada 12 September, baru-baru ini.

Katanya, susulan pekerja rumah penjagaan warga emas terbabit positif, sekumpulan pasukan perubatan termasuk Pakar Perubatan Geriatrik telah memeriksa semua pesakit positif di rumah penjagaan warga emas tersebut termasuk wanita itu yang termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi, selain mempunyai komobid dan jangkitan Covid-19 kategori tiga.

“Selain ibu pengadu yang telah divaksin dos kedua enam hari sebelum dijangkiti Covid-19, terdapat tujuh lagi penghuni  dirujuk ke HRC untuk rawatan lanjut namun keadaan kesihatannya didapati semakin merosot akibat komplikasi jangkitan Covid-19 dan meninggal dunia selepas enam hari dirawat di HRC.

“Pada 10 September lalu, Rumah Penjagaan Warga Emas itu telah diisytihar kluster Covid-19 yang mana kluster bermula apabila salah seorang pekerja positif pada 4 September sebelum keesokannya seorang penghuni yang berusia 87 tahun dan tiada sejarah menerima vaksin telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Param Jeeth Singh berkata, Pejabat Kesihatan Cheras telah dimaklumkan perkara ini dan siasatan lanjut mengenal pasti 11 kes dalam kalangan penghuni melibatkan tiga orang tidak pernah menerima vaksin dan empat kes pekerja.

“Kluster ini melaporkan dua kematian dalam kalangan penghuninya iaitu seorang warga emas yang tidak menerima vaksin dan seorang lagi adalah wanita yang juga ibu pengadu yang berkaitan video yang viral,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya