Undi18: UMNO ada tawaran untuk pengundi muda

Undi18: UMNO ada tawaran untuk pengundi muda

SHAHRIL Sufian Hamdan (tengah) bersama Abdul Razak (kanan Shahril) bergambar bersama pada Program Semakan Pendaftaran Pemilik Automatik dekat Kampung Sijangkang di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: UMNO komited menyelesaikan isu pendidikan, ekonomi, keusahawanan dan peluang pekerjaan sebagai tawaran untuk menarik sokongan pengundi berusia 18 hingga 21 tahun dan pengundi dalam kalangan belia.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, isu-isu tersebut sememangnya dekat dengan golongan muda yang fokus untuk memulakan kehidupan selepas tamat persekolahan.

“Saya nampak isu-isu tersebut sebagai isu yang besar dalam kalangan pengundi muda kerana mereka yang berumur 20-an waima 30-an, mereka baru mula untuk berkeluarga, berkerjaya.

“Jadi isu-isu politik kepartian walaupun popular dalam kalangan UMNO, mungkin bukan menjadi perkara yang mustahak bagi golongan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) di Kampung Sijangkang, Kuala Langat hari ini yang turut dihadiri Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbullah.

Shahril Sufian menambah, penglibatan pengundi 18 hingga 21 tahun secara automatik berjumlah lebih 5.6 juta di seluruh negara tidak meletakkan UMNO berada dalam keadaan tertekan kerana kempen akan tetap digerakkan secara fizikal mahupun maya seperti biasa.

Katanya yang juga Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri lagi, bukan UMNO sahaja mengambil cakna terhadap senario penambahan pengundi malahan semua parti politik mempunyai pendekatan tersendiri untuk menarik sokongan golongan tersebut.

“Oleh itu kita akan berusaha menarik sokongan pengundi tidak terhad dalam program fizikal. Kita akan mengurus sentimen, seperti kenyataan yang dibuat daripada pemimpin pusat dan juga kawasan harus mesra kepada pengundi bagi menarik sokongan baharu tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya