Trafik arah selatan lebuh raya PLUS lancar - Utusan Malaysia

Trafik arah selatan lebuh raya PLUS lancar

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pergerakan kenderaan terutama menuju ke arah selatan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dekat sini lancar sehingga tengah hari tadi.

Tinjauan di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini mendapati, aliran trafik kedua-dua arah tidak menunjukkan peningkatan ketara walaupun dijangkakan orang ramai pulang daripada bercuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul hari ini.

Semakan Twitter LLM Trafik juga mendapati lain-lain kawasan di lebuh raya PLUS di negeri ini, trafik bergerak lancar dan terkawal.

Lain-lain kawasan yang biasanya mengalami kesesakan kenderaan pada cuti umum seperti di Terowong Menora dekat sini,  kawasan Tol Simpang Pulai, Bukit Gantang dan Changkat Jering, juga tidak berlaku kesesakan kenderaan.

Sebelum ini, PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.1 hingga 1.4 juta kenderaan akan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan menuju utara sepanjang cuti hujung minggu.

Jurucakap PLUS cawangan utara berkata, kesesakan dijangka berlaku di laluan masuk ke Jambatan Pulau Pinang ekoran orang ramai mengunjungi pulau tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN