PETALING JAYA: Kadar populasi dewasa lengkap vaksinasi negara mencatatkan 89.1 peratus setakat malam tadi.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my/, peratusan itu merangkumi 20,856,337 inidividu dewasa lengkap vaksinasi.
Sebanyak 1,296,965 atau 5.5 peratus individu populasi dewasa pula belum lengkap vaksinasi atau menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Perkembangan itu menyaksikan berbaki 0.9 peratus untuk menyasar kadar lengkap 90 peratus vaksinasi Covid-19 populasi rakyat berusia 18 tahun ke atas.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.
Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu. – UTUSAN ONLINE