fbpx

8 Disember 2021, 3:18 pm

  TERKINI

Tiga pemimpin muktamadkan calon UMNO pada PRN Melaka, PRU-15

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senarai calon UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dimuktamadkan tiga pemimpin parti itu, bukannya Presiden sahaja. 

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti itu diperlukan dalam memuktamadkan senarai calon, namun watikah tersebut tidak akan ditandatangani sekiranya tidak mendapat persetujuan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Yang akan memuktamadkan calon-calon pilihan raya negeri dan juga pilihan raya umum akan datang bukan daripada Presiden saja.

“Tiga orang yang akan memutuskannya iaitu Perdana Menteri merangkap Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden UMNO yang juga menjadi Pengerusi BN, tiga orang ini yang akan memuktamadkannya,” katanya dalam ucapan perasmian penutupan Pidato Piala Presiden UMNO petang tadi. 

Sementara itu, Ahmad Zahid, ketiga-tiga mereka juga sepakat bahawa kriteria kebolehmenangan (winnable), kebolehterimaan (acceptable) dan kebolehsenangan (likable) digunakan untuk memilih calon yang sesuai.

“Ini bukan soal lobi, bukan soal kipas tetapi kami bertiga bersetuju dengan calon yang mempunyai kriteria winnable, acceptable dan likeable,” katanya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI