Tiga lelaki Myanmar dihukum penjara dua tahun, seludup 199 etnik Rohingya - Utusan Malaysia

Tiga lelaki Myanmar dihukum penjara dua tahun, seludup 199 etnik Rohingya

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tiga lelaki warganegara Myanmar dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyeludup masuk 199 warga Myanmar, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammed Ishaq, 50; Enamullah, 28. dan Zubair, 19, membuat pengakuan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Myanmar di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Mahazan Mat Taib.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan sebuah bot asing berwarna kelabu yang tidak mempunyai nombor pendaftaran di Pantai Teluk Nibong Sirat, Langkawi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 9 pagi, 5 April 2020.

Difahamkan kesemua 199 pendatang asing tanpa izin (PATI) tersebut terdiri daripada individu berusia antara empat hingga 47 tahun merupakan etnik Rohingya.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Hazwan Helmi Mohd. Zainol mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu Maritim Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa itu sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang jenayah maritim dan sentiasa memastikan setiap pesalah dihadapkan ke muka pengadilan.

“Maritim Malaysia Kedah dan Perlis juga mengalu-alukan maklumat daripada komuniti maritim setempat untuk melaporkan sebarang jenayah mahu pun kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di nombor 04-9662750 atau MERS 999,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya