Tiga lelaki ditahan gaduh di Changkat, Bukit Bintang - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan gaduh di Changkat, Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Insiden pergaduhan yang tular di sebuah premis di Jalan Changkat Bukit Bintang, dekat sini membawa kepada penahanan tiga lelaki semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata,  kesemua suspek diberkas selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

“Berikutan dua video berdurasi 37 saat dan 27 saat dimuat naik di laman sosial Twitter yang tular, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kemudian menjalankan siasatan dan menahan ketiga-tiga suspek berumur antara 32 tahun hingga 52 tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noor Dellhan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Katanya, kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan video tersebut yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN