Ibu bapa meninggal akibat Covid, tiga beradik jadi yatim piatu

‘Ketika masih bersedih kehilangan bapa, ibu pula meninggal dunia’

NUR Adriana Aleeya Zulkifli (kanan) memegang gambar ibu bapa yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19 di sisi neneknya, Jormiah Nusi, 65, di Semanggol dekat Bagan Serai, Perak, hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Tiga beradik menjadi yatim piatu apabila ibu bapa mereka meninggal dunia bulan lalu akibat Covid-19.

Tiga beradik itu ialah Nur Adriana Aleeya  Zulkifli, 16; Muhammad Zafrul Aiman, 11, dan Muhammad Umar Mikhail yang berusia 7 tahun.

Pada mulanya bapa mereka, Zulkifli Mohd. Yusof, 38, meninggal dunia pada 23 September lalu setelah dimasukkan ke Hospital Selama akibat positif Covid-19 tahap lima.

Selepas tiga hari, tiga beradik itu kematian ibu mereka, Nor Azira Mohamed ,40, yang meninggal dunia pada 26 September, juga akibat positif Covid-19 setelah dirawat di Hospital Taiping.

Nur Adriana Aleeya berkata, dia tidak menyangka kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.

“Saya selalu lihat berita kematian akibat Covid-19 namun tidak menyangka perkara yang sama menimpa kami,” katanya.

Tiga beradik itu ditemui pemberita selepas menyerahkan bayaran Faedah Pengurusan Mayat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Kampung Tanjung Bugis Padang Lalang Semanggol, di sini hari ini.

Nur Adriana Aleeya berkata, emaknya dijangkiti Covid-19 setelah pulang dari bekerja sebagai pembantu gerai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol arah Selatan.

Katanya, selepas pulang dari tempat kerja, emaknya mengadu rasa demam lalu melakukan ujian calitan pada keesokannya dan disahkan positif Covid-19.

Menurutnya, emaknya dimasukkan ke Hospital Taiping manakala bapanya yang turut positif virus itu, dirawat Hospital Selama.

“Kami menerima panggilan daripada pihak Hospital Selama mengatakan ayah telah meninggal dunia. 

“Ketika masih bersedih akibat kehilangan bapa, tidak lama kemudian kami diberitahu ibu pula meninggal dunia namun kami reda atas apa yang berlaku,” katanya.

Nur Adriana Aleeya yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik berkata, walaupun masih bersedih kehilangan ibu bapa, dia tetap meneruskan persekolahannya manakala adik-adiknya akan teruskan bersekolah di sini.

“Adik-adik akan dijaga oleh nenek dan bapa saudara. Arwah ibu bapa merupakan pendorong untuk saya belajar bagi mencapai impian menjadi seorang doktor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya