“Tidak terfikir dan tergamak nak buat gimik” – Ara Johari - Utusan Malaysia

“Tidak terfikir dan tergamak nak buat gimik” – Ara Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ara Johari, 24, memberitahu tindakan penyanyi rap, Lil-J yang memadam keseluruhan gambar di akaun Instagramnya (IG) tiada kaitan dengan strategi pemasaran single terbaharu mereka, Keliru.

Jelas Ara atau nama penuhnya Nurfarrah Izzatie Johari, andai segelintir netizen beranggapan bahawa tindakan tersebut adalah gimik, ternyata perkara itu tidak benar.

“Apa yang boleh saya katakan memang tidak terfikir untuk buat gimik. Takkanlah sedih, hal keluarga tergamak buat macam itu.

“Lil-J pada tahap kritikal dan dia perlu meluahkan dan sebab itu saya ajak dia untuk buat Instagram Live,” ujarnya.

Kata Ara yang sudah lama berkawan dengan penyanyi rap berkenaan, dia antara rakan industri yang rapat namun untuk memberikan sebarang nasihat bukanlah sesuatu yang arif baginya.

“Sebab itulah saya ajak Lil-J untuk buat IG Live dan yang masuk banyak memberikan motivasi serta nasihat.

“Saya ini boleh mendengar, tetapi tidak pandai nak beri nasihat,” katanya.

Sebagai informasi, sebelum Keliru dilancarkan, Lil-J berdepan dengan konflik diri dan memadam keseluruhan gambar di akaun IGnya.

Perkara itu menarik perhatian umum termasuk penyanyi Warkah Untukmu itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya