Tidak dibenar jumpa anak, suami bertindak pukul isteri  - Utusan Malaysia

Tidak dibenar jumpa anak, suami bertindak pukul isteri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara tidak dibenarkan berjumpa dengan anak kerana menjalani kuarantin Covid-19, seorang lelaki bertindak memukul isterinya sehingga cedera di rumah mereka di Taman Kosas, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa berusia 31 tahun yang juga pekerja pusat jagaan cedera pada lengan kiri dan menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dimarahi suaminya berusia 35 tahun dengan kata-kata kesat lalu dipukul dengan tangan dan kayu selain turut diacu garpu.

“Suspek juga menghalau pengadu keluar dari rumah.

“Kejadian dipercayai berlaku disebabkan suspek marah tidak dapat berjumpa empat anaknya berusia lapan bulan hingga tujuh tahun ekoran mangsa bimbang dijangkiti Covid-19 kerana suspek menjalani kuarantin di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohamad Farouk berkata, susulan itu, pengadu menghantar kesemua anaknya ke rumah keluarga di Cheras.

Ujarnya, bertindak atas laporan dibuat mangsa, polis menahan suspek di rumahnya dan direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak bekerja dan mereka sudah mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu.

“Saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” kata beliau.

Tambahya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya