Tiada maklumat mengenai tiga rakyat Thailand dikehendaki Malaysia ditahan - Polis - Utusan Malaysia

Tiada maklumat mengenai tiga rakyat Thailand dikehendaki Malaysia ditahan – Polis

LAPORAN Utusan Online yang memetik Bangkok Post mengenai penahanan tiga rakyat Thailand yang dikehendaki Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat mengenai penahanan tiga rakyat Thailand yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia kerana terlibat kes pemerdagangan manusia pada 2015.

Abd. Jalil memberitahu Utusan Malaysia, pihaknya tidak dimaklumkan lagi oleh pihak berkuasa Thailand berhubung penahanan itu.

“Tiada maklumat lagi,” katanya ringkas.

Terdahulu, Bangkok Post memetik jurucakap Pejabat Peguam Negara Thailand, Prayuth Phetkhun melaporkan tiga rakyat mereka telah ditahan baru-baru ini dan bakal diekstradisi ke Malaysia.

Perkara itu susulan mereka merupakan sebahagian daripada sembilan suspek kumpulan pemerdagangan manusia, dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.

Ini susulan penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis dan membabitkan pemerdagangan manusia etnik Rohingya pada 2015.

Tiga yang ditahan adalah Jehpa Lapi-ee, Arun Kaewfainok dan Boonyen Nesalaeh.

Pada 2015, pihak berkuasa sempadan di kedua-dua negara menemukan kubur besar dan kem penempatan sementara di wang Kelian yang didakwa mempunyai kaitan dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN