Tiada kesan pecah masuk di rumah bekas Ketua Pengarah MSN - Utusan Malaysia

Tiada kesan pecah masuk di rumah bekas Ketua Pengarah MSN

ALLAHYARHAM ZOLKPLES EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang kesan pecah masuk atau pergelutan ditemukan di rumah bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong yang ditemukan meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Jalan Pandan Indah 1/11A Pandan Indah, Ampang dekat sini oleh bekas pembantu peribadinya kira-kira pukul 8.31 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bekas pembantu peribadi kepda Allahyarham menyatakan bekas majikan gagal dihubungi sejak malam semalam.

Kata beliau, Allahyarham dilaporkan tinggal seorang diri di rumah dan tidak pernah berkahwin. 

“Susulan itu, anak saudara Allahyarham yang juga waris terdekat beliau telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.

“Menurut keluarga Allahyarham, beliau pernah membuat pembedahan jantung kira kira 10 tahun lalu dan tidak pernah membuat sebarang rawatan susulan selepas itu. 

“Allahyarham juga dikatakan telah membuat ujian calitan Covid-19 pada Jumaat lalu dan keputusannya adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Sri Petaling untuk pengurusan jenazah dan dikebumikan di Kampung Sura, Dungun, Terengganu, dekat sini.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati mengejut (SDR) dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya