Tiada aduan harga makanan di restoran naik - David Chan

Tiada aduan harga makanan di restoran naik

DAVID CHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah (PPBPBS) tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga makanan dan minuman di restoran mahupun premis makanan di negeri ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden PPBPBS, David Chan berkata, setakat ini persatuan tersebut masih belum menerima aduan mengenai isu kenaikan harga daripada pengguna.

Walau bagaimanapun, pihaknya menerima aduan mengenai kenaikan harga tiket penerbangan susulan pengumuman kerajaan negeri membenarkan pergerakan rentas negeri bermula awal bulan depan.

Perkara itu diharap dapat diberi perhatian oleh kerajaan dan syarikat penerbangan bagi membolehkan sektor pelancongan Sabah kembali pulih selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Beliau berkata, memandangkan sektor ekonomi sedang dalam proses pemulihan dan aktiviti makan di restoran baru dibenarkan maka, semua pihak perlu bertimbang rasa.

Katanya, sepanjang tempoh dua tahun ini kehidupan rakyat sudah terlalu sukar maka, peniaga tidak harus mengambil kesempatan menaikkan harga barangan semata-mata ingin memulihkan perniagaan.

Bagi mengelakkan peniaga terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman maka, pemilik bangunan juga perlu memainkan peranan untuk tidak menaikkan kadar sewa bulanan.

Kenaikan harga di restoran bukan hanya bergantung kepada harga bahan mentah sebaliknya, ia juga berkait rapat dengan sewa bulanan.

Oleh itu katanya, jika sewa dinaikkan peniaga akan bertindak menaikkan harga makanan dan minuman bagi mengurangkan bebanan sewa yang ditanggung.

“Kita faham peniaga mahu mendapatkan wang untuk memulihkan perniagaan tetapi, mereka tidak boleh menaikkan harga ketika pengguna masih lagi terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Tambah beliau, jika diperhatikan banyak kedai yang ditutup selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana peniaga-peniaga kecil tidak mampu bertahan dengan kadar bayaran sewa dan kos operasi yang tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.