The Audition 2021 platform bakat baharu - Utusan Malaysia

The Audition 2021 platform bakat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah lagi program realiti baharu, The Audition 2021 bakal menjadi platform bagi pendatang baharu dunia seni untuk mengetengahkan bakat terpendam mereka selama ini tidak kira dalam bidang nyanyian, tarian, lakonan atau komedi.

Program baharu terbitan Armani Entertainment Group (AEG) itu juga melantik penerbit dan pengarah, Micheal Ang sebagai rakan strategik sekali gus dilihat mampu mencungkil lebih ramai bakat baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua berkata, dunia hiburan tanah air perlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan, kehebatan dan lebih berdaya saing.

“Kami yakin dengan kemampuan yang pada Michael Ang, sinergi mereka akan menjadi hebat dalam mencapai objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air.

“Ledakan teknologi juga menyediakan ruang yang lebih luas untuk mereka mengetengahkan kreativiti dan meneroka pelbagai bidang seni lain termasuk kerja-kerja di sebalik tabir.

“Mereka perlukan menjadi seni sebagai satu bidang pekerjaan yang serius dan menjamin masa depan,” katanya.

Tambah KK Chua, The Auditon 2021 bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram dan video yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menjalani uji bakat secara langsung di hadapan juri profesional, yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air termasuk Datuk Rosyam Nor, Micheal Ang dan Nabila Razali.

Uji bakat itu akan diadakan di enam lokasi terpilih iaitu Kuala Lumpur, Kuantan (Pahang) Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu (Sabah).

“Pemenang The Auditon 2021 akan menerima kontrak dari AEG bernilai RM50,000 dan kelas nyanyian serta lakonan bernilai RM10,000. Juara juga akan dapat merakamkan single ciptaan komposer muzik terkenal dan pembikinan muzik video.

“Kepada mereka yang memiliki bakat lakonan pula akan diberi peluang mengasah bakat berlakon dalam drama terbitan dan arahan Michael Ang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya