Teruskan moratorium atau beri diskaun kepada pembayar PTPTN - Utusan Malaysia

Teruskan moratorium atau beri diskaun kepada pembayar PTPTN

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dicadangkan supaya meneruskan moratorium bersasar atau memberikan diskaun kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang juga Pengerusi PTPTN dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, cadangan itu juga telah dikemukakan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz ketika sesi dialog bersama rakan-rakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) kelmarin.

“Dalam keadaan ekonomi yang hanya sedang mula pulih sekarang ini, ramai yang masih menghadapi masalah kewangan. Bagi saya, yang paling baik ialah jika kerajaan benarkan PTPTN teruskan moratorium bersasar kepada peminjam yang terkesan oleh Covid-19.

“Tetapi jika moratorium sukar dilaksanakan, saya nyatakan kerajaan patut berikan diskaun paling kurang 20 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran penuh,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga meminta supaya diskaun diberikan kepada mereka yang membayar menggunakan potongan debit bulanan sebagai penghargaan kepada mereka yang membayar mengikut jadual.

“Diskaun ini merupakan satu perkara yang popular dan sering disebut dalam sesi-sesi libat urus yang kami jalankan. Saya harap kerajaan akan pertimbangkan untuk Bajet 2022.

“Saya juga sampaikan surat rasmi daripada saya selaku Pengerusi PTPTN kepada Menteri Kewangan mengenai perkara ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya