Tengku Zafrul menuju ke Parlimen untuk pembentangan Bajet 2022 - Utusan Malaysia

Tengku Zafrul menuju ke Parlimen untuk pembentangan Bajet 2022

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan beg berisi buku laporan Belanjawan 2022 ketika keluar dari Kompleks Kementerian Kewangan menuju ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2021. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul meninggalkan Kementerian Kewangan kira-kira jam 3.10 petang tadi untuk menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2022.

Tengku Zafrul yang segak dengan baju Melayu warna ‘peach’ dan bersamping terlebih dahulu mengaminkan doa yang dibaca Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail di lobi kementerian.

Beliau turut dilihat memegang beg sampul hitam dengan tenunan emas yang mengandungi teks ucapan Belanjawan 2022.

Turut sama mengiringi beliau termasuk kedua-dua timbalannya, Mohd. Shahar Abdullah dan Yamani Hafez Musa yang juga berbaju Melayu.

Sebelum ini, Tengku Zafrul sebelum ini dilaporkan berkata, Belanjawan 2022 akan menumpukan kepada strategi 3M iaitu Memulih Kehidupan, Membina Semula Daya Tahan dan Memangkin Pembaharuan.

Menurutnya, kerajaan akan terus komited membantu rakyat yang masih terjejas serta menyokong kelangsungan perniagaan dalam Belanjawan 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN