PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengajak semua ahli Dewan Rakyat untuk mendukung Bajet 2022 demi kemakmuran negara dalam mendepani pandemik Covid-19.
Menurut Tengku Zafrul, sokongan semua wakil rakyat amat diperlukan kerana peperangan melawan Covid-19 masih belum berakhir.
“Nasib rakyat masih perih, barisan hadapan kita belum pulang dari perbatasan ke pangkuan keluarga mereka, peperangan masih membara di luar sana.
“Tapi kita sudah hampir di ambang kemenangan, yakinlah, kita dekat sekali. Cukup dekat. Justeru, dalam dewan yang mulia ini, saya mohon ahli-ahli Yang Berhormat semua dokonglah belanjawan ini.
“Suara tuan puan ada hikmat, melindung hayat, memberi kita kudrat, melawan musuh, wabak durjana,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.










